Isnin, 13 Februari 2012

Tahniah...wahai 'penyejuk-penyejuk hati' ummi dan abah

Aliah  ketika diwatikah

bergambar pada akhir majlis

Ku Aqil Ihsan ketika menyambut watikah

tahun ke 2 dan terakhir memegang pengawas pusat 
Abidullah ketika membaca ikrar pengawas

Abid ketikah menerima watikah yang ke 2, juga menerima watikah Bridged Bestari

Bersama sijil watikah pengawas dan bridget bistari

Aliah bersama rakan sekelas iaitu 3 Jaya,2012
Jumaat yang lepas,SKA telah mengadakan majlis watikah pengawas, pengawas pusat sumber sekolah,pengawas SPBT, pengawas PRS, ketua kelas dan penolong ketua kelas. Anak-anakku merupakan sebahagian dari murid-murid yang terpilih bagi majlis tersebut. Bagi AliaH ini adalah pengalaman pertamanya, bagi Ku Muhammad Abidullah, ini merupakan tahun keduanya bergelar pengawas sekolah manakala Ku Aqil Ihsan pula ini adalah tahun kedua menjadi pengawas pusat sumber dan yang terakhir berada di SKA kerana tahun depan ummi mengharapkan abang yang sulung ini menjadi contoh menjejakkan kaki ke sekolah berasrama penuh iaitu Ulul Albab...Insyaallah jika Allah izinkan.Kalau tak pun, mana-mana sekolah agama yang terbaik ummi harapkan abang Aqil dapat menuntut ilmu agama hingga ke menara gading. Moga-moga anak-anak ummi ini bersedia menyahut cabaran menjadi khalifah yang berjaya di muka bumi ini malah mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.