Jumaat, 21 Oktober 2011

Anak sulungku mencuba bakat di usia 9 tahun...

Aqil mencuba bakat bercerita peringkat kawasan Arau, mendapat tempat ke 3 dengan markah 73% pada 4/4/2009 (Sabtu). Sesungguhnya tiada sesiapa yang lebih bangga selain dari ummi dan abah,bukan juga guru-gurumu kerana akademikmu yang tidak seberapa ,tidak menjadi perhatian sesiapa.Ummi pernah menangis kerana kata-kata guru-gurumu yang amat negatif terhadapmu.Biarlah anakku,jadikanlah dirimu sebaik-baik kejadian,jadilah insan yang soleh lebih utama dari mengejar pujian orang lain.Ya Allah,faqihkanlah anak-anakku dalam agama,alimkanlah mereka di dalam tafsir , muliakanlah dan kurniakanlah mereka dengan cahaya ilmu ,kebijaksanaan dan akal fikiran.Amin Ya Rabbal 'Alamin.