Pada 9 Mei,2011 Abid telah menyertai 'action song' peringkat kawasan Arau dan telah memenangi tempat pertama. Tahun ni merupakan tahun yang sibuk dengan pelbagai aktiviti sekolah. Alhamdulillah, anak-anak ummi semuanya berbakat. Abang Aqil dengan larian 4x100 dan 4x200..boleh rupanya walaupun tidak memenangi tempat. Syukur kerana kalian menyertai aktiviti sekolah mengikut kemampuan kalian.
Pada minggu yang lepas, suamiku mengajak melawat makam Puteri Lindungan Bulan kat Siputih....banyak input yang anak-anakku dapat terutama tentang sejarah negeri kelahiran ummi dan abah...
Pada hari Sabtu baru-baru ini,SKA telah mengadakan rombongan ke Pulau Pinang.Ramai murid yang terlibat termasuklah anakku Ku aAliah Madihah.Gembiranya dia kerana inilah kali pertama dapat naik bas. Berbanding dengan ummi dahulu,setiap hari dapat naik bas.Memandangkan bas yang disewa lambat sampai,tidak banyak tempat yang mereka dapat lawati.Antara tempat yang sempat dilawati ialah Muzium Perang dan Bukit Bendera.Inilah pengalaman yang mereka tidak dapat lupakan kerana banyak ilmu yang ditimba melalui pengalaman sendiri.Bertolak hampir jam 10 pagi dan selamat sampai di rumah jam 1 pagi.Letihnya tidak dapat digambarkan........
Aqil mencuba bakat bercerita peringkat kawasan Arau, mendapat tempat ke 3 dengan markah 73% pada 4/4/2009 (Sabtu). Sesungguhnya tiada sesiapa yang lebih bangga selain dari ummi dan abah,bukan juga guru-gurumu kerana akademikmu yang tidak seberapa ,tidak menjadi perhatian sesiapa.Ummi pernah menangis kerana kata-kata guru-gurumu yang amat negatif terhadapmu.Biarlah anakku,jadikanlah dirimu sebaik-baik kejadian,jadilah insan yang soleh lebih utama dari mengejar pujian orang lain.Ya Allah,faqihkanlah anak-anakku dalam agama,alimkanlah mereka di dalam tafsir , muliakanlah dan kurniakanlah mereka dengan cahaya ilmu ,kebijaksanaan dan akal fikiran.Amin Ya Rabbal 'Alamin.
Alhamdulillah..pada minggu lepas Ayu selamat diijabkabulkan dengan suami yg tersayang...doa maksu,Ayu bahagia sentiasa di sisi suami dan keluarga...Aku juga tak melepaskan peluang bergambar dengan suami yg tersayang..moga2 jodoh kami berpanjangan hingga ke syurga.Amin.
Sudah agak lama aku tidak mengunjungi blog sendiri...ini mungkin kerana sibuk dengan kerja harian dan tugasan assignment yg diberikan.Baru2 ini result telahpun dikeluarkan..hasilnya syukur yg teramat sangat kerana lulus.Suami dan anak2 adalah pendorong tetap di samping doa mak dan abah...aku sesungguhnya amat bersyukur kerana diberi ibubapa serta keluarga yang amat menyokong pekerjaanku serta pengajian yg br bermula ini...tanpa mereka siapalah aku...Restu mereka mengiringi perjalanan ini dan keberkatan dari Ilahi merupakan punca diri ini amat bahagia...syukur pdMu...dan terima kasih sentiasa di atas segala anugerahMu..Ya Allah...Ya Fattah...Ya Alim...
Kasih sayang bersemi apabila telah tiba masanya...pernah bertemu di usia 20 tapi tak pernah menyangka akan bersuamikan dia...kerana tak pernah bertegur sapa...bertemu kembali di tempat pengajian tapi tak pernah menyangka akan bertunang dan akhirnya bernikah kerana dugaan untuk bersatu itu amatlah payah...dan itulah takdir yang ditentukan buat aku yang akhirnya mempunyai tiga cahayamata..penyejuk hati buat aku dan suami.Tak pernah lekang dari bibir ini mendoakan kejayaan dan kebahagiaan buat mereka..buat Aqil,Abid dan Aliah.Dan lengkaplah sudah kehidupan ini..dengan anugerah terhebat dari Ilahi.