Selasa, 10 Julai 2012

Ku Muhammad Abidullah di Senamrobik 1 Murid 1 Sukan

Kelmarin merupakan sambutan Senamrobik 1 Murid 1 Sukan di peringkat sekolah. Alhamdulillah...abang Abid telah memimpin doa dalam majlis tersebut. Ummi bangga dengan abang Abid...pun begitu ummi tetap mengharapkan abang Aqil juga dapat memberanikan diri seperti abang Abid.. yang mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan orang-orang Islam di dunia dan di akhirat. Amin

Teruja dengan Abid

ummi setia menemani Abid

Abid...jadilah anak yang soleh

Sabtu, 23 Jun 2012

Ku Muhammad Abidullah di perkhemahan Timah Tasoh Lake Resort (17-18/6/2012)

Pertandingan Chef Master



Penilaian oleh juri Chef SK Arau

Yang ada bawang atas telur....


Pasukan beruniform Pengakap 

Kumpulan yang macho2 belaka


Bersatu teguh, bercerai roboh...
Pengalaman pertama buat Abid bila menyertai perkhemahan di Timah Tasoh Lake Resort pada 17 dan 18 Jun, 2012. Pastinya juga merupakan pengalaman yang berharga dan tidak dapat dilupakan. Suatu perkara yang menariknya bila ditanya "nak pi lagi dak lepaih ni?"jawabnya, "nak!".Nampaknya...walaupun sukar baginya namun demi menyahut cabaran..mampu juga dihadapi sebenarnya. Wallahu'alam.

Ku Aqil Ihsan di Program Kecemerlangan UPSR SK. Arau di Hotel Seaview ,2012 (23-24/6/2012 Sabtu-Ahad)(




makan tengahari

Ku Aqil Ihsan...chaiyok,chaiyok,chaiyok!
Hari ini 23 Jun, 2012 Ku Aqil Ihsan berada di Hotel Seaview, Kuala Perlis, Perlis selama 2 hari 1 malam bagi menghadiri Program Kecemerlangan UPSR, 2012. Tiada lain yang ummi harapkan selain dari kejayaan dan kebahagiaan buat anak ummi ini. Moga-moga dilimpahi kecerahan hati oleh Allah s.w.t dalam menimba ilmu dan bertenang selalu. Ku Aqil Ihsan, jadilah anak yang soleh, contoh buat adik-adikmu, tekun dalam menimba ilmu dan berusaha dengan lebih gigih bagi mencapai kejayaan di dunia mahupun di akhirat. Amin.

Selasa, 29 Mei 2012

Ku Aqil Ihsan mencecah umur 12 tahun

Alhamdulillah siap sudah urusan membuat kad pengenalan anakanda Ku Aqil Ihsan...pada 29 Mei, 2012...yang telah memasuki umur 12 tahun pada 18 Mei yang lalu....lamanya menanti saat disiapkan. Satu jam setengah juga masa yang diambil...memandangkan ramainya orang yang berurusan dengan pihak KDN, Perlis di samping masalah tidak membawa surat nikah kami namun semua itu selesai jua akhirnya. Selain itu sempat juga kami mengambil MyKid anakanda Ku Muhammad Abidullah.

Tahniah anakanda!

Bakal menyusul setahun lagi



Jumaat, 18 Mei 2012

Aliah dan Action Song

Tahniah untuk Aliah kerana berjaya menyertai pertandingan 'action song' peringkat kawasan Arau,2012 meskipun hanya memperolehi tempat saguhati namun pengalaman itulah yang paling berharga...........Ummi Sayang Aliah

Isnin, 13 Februari 2012

Tahniah...wahai 'penyejuk-penyejuk hati' ummi dan abah

Aliah  ketika diwatikah

bergambar pada akhir majlis

Ku Aqil Ihsan ketika menyambut watikah

tahun ke 2 dan terakhir memegang pengawas pusat 
Abidullah ketika membaca ikrar pengawas

Abid ketikah menerima watikah yang ke 2, juga menerima watikah Bridged Bestari

Bersama sijil watikah pengawas dan bridget bistari

Aliah bersama rakan sekelas iaitu 3 Jaya,2012
Jumaat yang lepas,SKA telah mengadakan majlis watikah pengawas, pengawas pusat sumber sekolah,pengawas SPBT, pengawas PRS, ketua kelas dan penolong ketua kelas. Anak-anakku merupakan sebahagian dari murid-murid yang terpilih bagi majlis tersebut. Bagi AliaH ini adalah pengalaman pertamanya, bagi Ku Muhammad Abidullah, ini merupakan tahun keduanya bergelar pengawas sekolah manakala Ku Aqil Ihsan pula ini adalah tahun kedua menjadi pengawas pusat sumber dan yang terakhir berada di SKA kerana tahun depan ummi mengharapkan abang yang sulung ini menjadi contoh menjejakkan kaki ke sekolah berasrama penuh iaitu Ulul Albab...Insyaallah jika Allah izinkan.Kalau tak pun, mana-mana sekolah agama yang terbaik ummi harapkan abang Aqil dapat menuntut ilmu agama hingga ke menara gading. Moga-moga anak-anak ummi ini bersedia menyahut cabaran menjadi khalifah yang berjaya di muka bumi ini malah mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.

Rabu, 21 Disember 2011

'Action song'

gembiranya mereka
Pada 9 Mei,2011 Abid telah menyertai 'action song' peringkat kawasan Arau dan telah memenangi tempat pertama. Tahun ni merupakan tahun yang sibuk dengan pelbagai aktiviti sekolah. Alhamdulillah, anak-anak ummi semuanya berbakat. Abang Aqil dengan larian 4x100 dan 4x200..boleh rupanya walaupun tidak memenangi tempat. Syukur kerana kalian menyertai aktiviti sekolah mengikut kemampuan kalian.

bersama teachers yang komitmen

berbangga dapat mengharumkan nama sekolah

gaya juara

Bersama dengan teachers yang amat berbakat juga

sejurus diumumkan sebagai johan kawasan Arau


'touch up' dulu sebelum acara bermula